Maksud Kesantunan Bahasa Mengikut Pandangan Tokoh Terkemuka
Kesantunan termaktub dalam ciri kemanusiaan yang mementingkan ketinggian moral, jati diri, dan pembentukan akhlak mengikut ragam negara, bangsa, falsafah, dan agama. Perkara ini amat penting dalam mencerminkan keperibadian diri, pemikiran, budi pekerti mulia dan budaya tinggi, bagi menunjukkan peradaban serta identiti sesebuah tamadun bangsa. Dalam masyarakat Melayu, unsur kesantunan amat penting supaya tidak dianggap sebagai seorang yang tidak berbudi bahasa dan biadap. Menurut Kamus Dewan ( 1984 ), kesantunan bermaksud halus budi bahasa, budi pekerti, beradab, dan bersopan. Hal ini kerana, apabila seseorang itu berbahasa dengan penuh kesantunan maka perkara ini secara tidak langsung akan mendidik kita untuk mempraktikkan penggunaan bahsa yang halus supaya dapat menghidari berlakunya perselisihan faham antara penutur dengan pendengar semasa berkomunikasi. Selain...