Konsep Budi Bahasa dalam kalangan Rakyat Malaysia
Konsep budi bahasa mempunyai pelbagai takrifan yang berbeza, tetapi mempunyai pendirian yang sama. Berdasarkan definisi Kamus Dewan ( 2002 : 180 ), budi adalah, akal, perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara, dan daya upaya. Sementara bagi masyarakat Melayu, perkataan budi membawa pelbagai maksud, antaranya adalah jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu lain dengan tidak mengharapkan balasan daripadanya. Bagi masyarakat Cina pula, budi adalah perbuatan yang baik kepada orang yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Selain itu, budi bagi masyarakat India bermaksud, memberikan pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan secara sukarela tanpa disuruh. Secara rumusannya, budi ialah kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan kepada orang lain.
            Definisi bahasa pula merujuk kepada
alat yang menyimpan himpunan memori sesuatu bangsa. Hal ini kerana, bahasa
ialah kenderaan yang memindahkan kebudayaan daripada satu generasi kepada generasi
lain danbergerak sebagai medium berkomunikasi antara sekelompok manusia.
Menurut Asmah Hj Omar ( 1993
), bahasa terdiri daripada sistem perlambangan yang mencerminkan kebudayaan, gaya
hidup penuturnya, dan dapat menimbulkan persepsi manusia terhadap
persekitarannya bagi merakamkan fikiran serta pengalamannya secara
konseptualisasi. Hal ini kerana, gabungan elemen persepsi dan konseptualisasi
dapat memainkan peranan penting untuk membezakan bahasa masyarakat yang lain. Mengikut
pandangan Raja Mukhtarudin ( 1983 ), bahasa adalah suatu sistem lambang
pertuturan arbitrari yang digunakan oleh sesebuah masyarakat dengan caranya tersendiri.
Malah menurut tokoh barat, Ferdinand De Saussure ( 1993 ), bahasa ialah satu
sistem isyarat yang berupa dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. 
            Keprihatinan masyarakat Melayu
terhadap budi bahasa adalah selaras dengan tuntutan agama Islam yang sangat mementingkan
ketinggian akhlak dalam mencorakkan nilai keperibadian yang terunggul.
Masyarakat Cina yang sebahagian besarnya menganut agama Buddha, juga sangat
mementingkan budi bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian
hidup. Hal ini kerana, mengikut ajaran Confucius, beliau menekankan konsep Jen
iaitu sifat berperikemanusiaan terhadap orang lain dan mementingkan harga diri,
yang terdiri daripada tiga aspek iaitu budi bahasa, kemurahan hati, dan sifat
baik. Bagi masyarakat India pula, mereka sangat patuh kepada ajaran Hindu yang
mengutamakan budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutnya semasa bergaul
dengan masyarakat. Amalan berbudi bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu, dari
aspek tutur kata, dan tingkah laku yang merangkumi aspek segi mimik muka,
bahasa badan, dan respon. Terdapat pelbagai ciri berbudi bahasa, antaranya
adalah sifat bertimbang rasa, iaitu sikap mengambil berat tentang perasaan
orang lain. Hal ini kerana, setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang
berbeza. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum seharusnya
berfikir sebelum bercakap agar tidak menyinggung emosi orang lain. Maka, kita
mestilah mengelakkan daripada membangkitkan isu yang mampu menimbulkan nilai
sensitiviti sesuatu kaum sebagai tanda menghormati antara satu sama lain. Sebagai
contoh adalah dengan tidak menggunakan perkataan yang dianggap hina dalam
bangsa lain seperti  " keling "
yang merujuk kepada golongan 
Kedua, adalah sifat bertolenrasi iaitu sikap bersabar dalam menerima pendapat, fikiran, dan kepercayaan orang lain. Hal ini kerana, setiap manusia memiliki akal yang berbeza dalam membicarakan sesuatu isu. Oleh itu, setiap individu seharusnya diberikan hak giliran untuk bercakap bagi menyuarakan pendapatnya, supaya kita dapat memperoleh banyak idea daripada pelbagai pihak dan bukan sekadar hanya berfokuskan kepada pendapat satu pihak sahaja. Sebagai contoh, di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, setiap wakil daripada pihak kerajaan dan pembangkang diberikan hak yang sama rata oleh Yang Dipertua bagi mengemukakan hujah daripada pihak mereka, mengikut giliran.
Ketiga, adalah sifat bertolak ansur iaitu bersifat mengutamakan pihak yang lebih memerlukan dengan cara yang sopan seperti memberikan tempat duduk kepada wanita yang mengandung ketika dlam pengangkutan awam, mudah mengalah dalam perbalahan dengan cara meminta maaf secepat mungkin walaupun bukan salah kita seperti menghulurkan tangan terlebih dahulu bagi meinta maaf sekiranya berakunya pertelingkahan pendapat yang berbeza, dan tidak mengungkit dalam melakukan kebaikan seperti tidak mengharapkan balasan daripada seseorang setelah kita membantunya dalam musibah. Hal ini kerana, kita dapat menepis perasaan mementingkan diri sendiri dalam hidup bermasyarakat agar diri kita tidak dibelenggu dengan perasaan serba salah dalam hidup bermasyarakat. Oleh itu, kita dapat memelihara kedamaian dan keharmonian negara yang tercinta ini daripada berlakunya perpecahan antara masyarakat.
Keempat, adalah dengan bersikap bersopan santun iaitu budaya berlemah-lembut tanpa bersikap angkuh, menunjuk-nunjuk, atau sombong ketika bergaul dengan orang lain. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kedudukan yang berbeza dari segi taraf hidupnya. Namun, kita janganlah sesekali menjadikan kelebihan itu sebagai alat untuk menjatuhkan maruah orang lain yang tidak senasib dengan kita. Oleh itu, nilai kesederhanaan seharusnya timbul dalam diri setiap individu agar sempadan yang wujud antara mereka ini dapat dirobohkan dalam mewujudkan mayarakat sehati dan sejiwa. Sebagai contohnya adalah, dalam aspek pertuturan, kita mestilah mengukapkan kata-kata yang menampakkan kesopanan dalam berbahasa seperti saling bertanya khabar dan dari aspek perbuatan pula, kita haruslah menampilkan perilaku yang dapat menyejukkan pandangan mata seperti membongkokkan badan ketika melintasi di hadapan orang yang lebih tua.
Kelima, adalah sifat mudah beramah mesra apabila diajak berbicara atau berunding, dengan menampilkan wajah yang mesra dengan ukiran senyuman dan bahasa badan yang selesa ketika berhadapan dengan seseorang. Hal ini kerana, bagi menimbulkan persepsi positif orang yang ingin bercakap dengan kita, agar dia berasa tenang terhadap respon yang diserlahkan oleh kita. Oleh itu, kita dapat berhubung dengan selesa dalam persekitaran harmoni yang wujud antara kedua-dua belah pihak. Sebagai contohnya, apabila seorang juru jual yang ingin mejual barangannya kepada pelanggan, sekiranya dia menampilkan riak wajah yang ceria dan percakapan yang sopan ketika mempromosikan gerainya, maka pelanggan akan berasa selesa untuk pergi ke gerainya bagi membeli barang.
Sekian, Terima Kasih.