Konsep Budi Bahasa dalam kalangan Rakyat Malaysia
Konsep budi bahasa mempunyai pelbagai takrifan yang berbeza, tetapi mempunyai pendirian yang sama. Berdasarkan definisi Kamus Dewan ( 2002 : 180 ), budi adalah, akal, perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara, dan daya upaya. Sementara bagi masyarakat Melayu, perkataan budi membawa pelbagai maksud, antaranya adalah jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu lain dengan tidak mengharapkan balasan daripadanya. Bagi masyarakat Cina pula, budi adalah perbuatan yang baik kepada orang yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Selain itu, budi bagi masyarakat India bermaksud, memberikan pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan secara sukarela tanpa disuruh. Secara rumusannya, budi ialah kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan kepada orang lain. Definisi...